RSS

Murid Hiperaktif (ADHD) - Attention deficit hyperactivity disorder


Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau aktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak boleh duduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudah melenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak, pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapat belajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalu keseorangan. Ini disebabkan ramai di kalangan rakan sekelas tidak berani untuk berkawan rapat kerana bimbang dengan kelakuan yang tidak terkawal oleh murid hiperaktif.



Kelakuan yang biasa diperlihatkan oleh murid hiperaktif ini seperti :-


(1) kekurangan tumpuan perhatian
Kanak - kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak - kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya. Dia selalu tidak menghabiskan apa - apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain.

(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )
Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan.

(3) Berkelakuan Terlalu Aktif
Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari, memanjat -manjat perabot, sukar duduk diam, dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun, apabila dia sudah boleh berlari, memanjat dan melompat. Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan. Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki. Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya. Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif.




  Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya. Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang. Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat. Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa.

Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal -profesyenal yang terlatih.



(1)Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Malangnya dengan cara ini, kesannya tidakberpanjangan. Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik. Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif.


(2)Teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural Modification); lebih berkesan, tetapi cara -caranya. Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi, supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul. Teknik ini perlu diikuti selalu.

(3)Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach); dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.


    Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan. Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja. Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan. Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan.


          Dari penyelidikan yang telah dijalankan, didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat. Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri, sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini .


Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran. Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh. Bagaimanapun, kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa .

0 comments:

Post a Comment

Copyright 2009 ROHAINI BT A. RAHMAN. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates