RSS

Tips Mengajar Anak Beradap Sopan


Jika anak sopan, orang ramai akan puji ibu bapanya pandai mendidik. Jika anak tidak sopan, orang ramai akan memaki hamun ibu bapa kepada anak tersebut kerana tidak pandai mendidik. Apa sahaja yang anak – anak lakukan pasti memberi kesan kepada anda sebagai ibu bapa mereka. Pujian dan kutukan bukanlah penting sangat di dunia ini, tetapi adakah anda mahu anak anda bersikap kurang ajar dan tiada adab sopan dalam setiap tindakan dia?

Manusia yang bersopan dalam tindakannya biasanya akan berjaya di dunia dan akhirat. Untuk mendidik anak supaya bersikap sopan bukanlah mudah kerana dunia sekarang ini terlalu banyak pengaruh buruk contohnya dari cerita televisyen, bahan bacaan yang tidak berilmiah dan rakan – rakan yang nakal. Berikutan dengan kemajuan pesat internet, dengan pelbagai teknologi seperti laman sosial dan pengaruh bahan ekstreme serta lucah boleh memburukan lagi keadaan. Namun, anda jangan anggap ia sebagai beban atau cabaran tetapi sebagai tanggungjawab. Langkah pertama untuk ajar anak anda bersopan adalah ajar mereka untuk rendahkan suara ketika berkata – kata.
video


Ajar anak ucapkan salam, terima kasih, Alhamdulillah dan ucapan yang baik – baik sahaja. Selalunya perlakuan seseorang itu di pengaruhi oleh apa yang dia selalu fikir dan kata. Apabla anda ajar mereka untuk berkata – kata perkara yang baik sahaja, insyaAllah perlakuan mereka juga akan jadi baik. Sekecil-kecil perbuatan adalah bermula dari ucapan tersebut. Jika baik kata dan ucapannya maka begitu juga dengan perbuatan yang dilakukannya.

Adab sopan bermakna mereka perlu tahu hormat pada yang lebih tua. Ajar mereka supaya jangan tinggikan suara apabila bercakap dengan orang yang lebh tua dari mereka. Didik mereka untuk kawal perasaan marah dan sentiasa senyum walaupun sedang marah. Marah sentiasa menjadikan kita hilang adab sopan.

cara mengajar anak
Apabila kita berjaya mengawal perasaan marah, kita akan jadi lebih tenang dan akan sentiasa menjaga adab sopan. Anda perlu sentiasa cuba menjadi teladan yang baik pada mereka. Apabila mereka melihat anda berperangai baik, mereka juga akan menirunya. Apa yang cuba disampaikan ini adalah nampak biasa dah mudah, namun hakikatnya jika ia dipandang ringan ia akan memberi impak yang besar pada masa akan datang. Anda sendiri boleh lihat perangai dan tabiat sesorang anak dipengaruhi ibu bapa tersebut dan majoriti hasilnya adalah datang dari perawatakan ibu bapa itu sendiri terhadap sikap anak mereka.
Anda perlu ingat walaupun anak anda sudah masuk ke umur peringkat remaja, ia masih belum terlambat untuk mendidik mereka menjadi manusia yang beradab sopan. Cuma anda perlu tegas, fokus dan sabar kerana ketika ini anak anda mungkin memberontak dan ego. Apa yang perlu anda lakukan, dalam setiap tindakan untuk membimbing anak perlulah dilakukan dengan cara yang halus dan lembut. Sebelum itu anda haruslah melakukan sisatan terlebih dahulu terhadap anak anda tentang kemahuan dan permasalahannya. Jangan bersikap membuta tuli dalam membuat keputusan atau madah kepada anak anda tanpa anda sendiri cuba memahami keadaanya. Anak akan memberontak bila keinginan dan kemahuan dicanggah. Walaupun ia salah dan si anak tidak memahami akibat perbuatannya, menengking dan memarahi bukanlah caranya.



Anda perlu sedar, anak-anak masa kini lebih pintar dan mudah terdedah kepada persekitarannya. Oleh itu, anda perlu beri perhatian ke mana ia pergi. Situasi dan persekitran adalah merupakan punca utama anak berubah. Jika elok persekitrannya, maka eloklah juga tindakkannya. Persekitaran yang di maksudkan disini adalah pergaulan dan pendedahan sekeliling terhadapnya. Lebih baik memberi perhatian keadannya daripada mencari kesalahannya.

Murid Hiperaktif (ADHD) - Attention deficit hyperactivity disorder


Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau aktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak boleh duduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudah melenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak, pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapat belajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalu keseorangan. Ini disebabkan ramai di kalangan rakan sekelas tidak berani untuk berkawan rapat kerana bimbang dengan kelakuan yang tidak terkawal oleh murid hiperaktif.


video

Kelakuan yang biasa diperlihatkan oleh murid hiperaktif ini seperti :-


(1) kekurangan tumpuan perhatian
Kanak - kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak - kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya. Dia selalu tidak menghabiskan apa - apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain.

(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )
Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan.

(3) Berkelakuan Terlalu Aktif
Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari, memanjat -manjat perabot, sukar duduk diam, dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun, apabila dia sudah boleh berlari, memanjat dan melompat. Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan. Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki. Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya. Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif.



video

  Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya. Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang. Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat. Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa.

Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal -profesyenal yang terlatih.



(1)Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Malangnya dengan cara ini, kesannya tidakberpanjangan. Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik. Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif.


(2)Teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural Modification); lebih berkesan, tetapi cara -caranya. Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi, supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul. Teknik ini perlu diikuti selalu.

(3)Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach); dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.


    Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan. Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja. Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan. Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan.


          Dari penyelidikan yang telah dijalankan, didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat. Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri, sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini .


Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran. Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh. Bagaimanapun, kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa .

Mulakan Set Induksi dengan Berkesan


Set induksi adalah satu permulaan sesuatu pembelajaran... sekiranya set induksi itu menarik, ia akan memberi kesan positif  pada perjalanan pembelajaran seterusnya. Ini kerana, murid bergiat aktif pada set induksi, pada tahap ini.. sel - sel otak murid aktif untuk meneruskan akiviti. Seperti juga orang dewasa.. intro yang menarik akan memberi impak penumpuan yang berterusan pada isi dalaman pembelajaran... jadi apakah set induksi yang mudah dan menarik?? terpulang pada ke kreativiti guru.. guru boleh membuat aktiviti permainan, nyanyian ataupun aktiviti pergerakan.. Penggunaan Set Induksi harusla bersesuai dengan subjek yang hendak di pelajari pada waktu tersebut, Ini bertujuan mengelakkan kecelaruan fikiran murid - murid. Antaranya seperti Penggunaan Nyanyian Lagu ABC atau Suku Kata untuk Bahasa Melayu :-


video  video

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Matapelajaran:                     Bahasa Melayu Pendidikan Khas.

Tajuk:                                      Sukukata KVKVK

 Kelas:                          Sri Kasih 2

Tarikh:                          03 September 2011

Masa:                           08.00-09.00 pagi (60 minit)

Bil murid                      6 orang – 2 Hiperaktif
                                                      1 Epilepsi (sawan)
                                                      1 Bermasalah pertuturan
                                                      2 Lembam
                                                      

Bidang pelajaran:               Sukukata terbuka dan tertutup (kvkvk)


Standard Kandungan:      Murid dibimbing untuk:                                                 
                                                  Mengeja, membaca , menulis dan  memahami makna perkataan kvkvk .yang
                                                  dipelajari.


Standard Pembelajaran:      Di akhir pembelajaran ini murid berupaya untuk
    1.      Lisan- Menyebut perkataan kvkvk dengan betul.
    2.      Bacaan - Membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonansi yang   betul.
    3.      Tulisan- Menulis kembali perkataan kvkvk dengan betul.

Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari dua suku kata  terbuka kvkv .


TEMA
KEBERSIHAN.
TAJUK
Kebersihan Diri
FOKUS  UTAMA
 Standard Kandungan         
5.1 Membaca  dan memahami  perkataan kvkvk dengan betul mengikut konteks         
                                                                                                
Standart Pembelajaran      
5.1.1 Di akhir pembelajaran ini murid berupaya untuk :
Lisan- Menyebut perkataan kvkvk dengan betul.
Bacaan - Membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonansi yang betul.
Tulisan- Menulis kembali perkataan kvkvk dengan betul

FOKUS SAMPINGAN


Standart Pembelajaran     
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang Mengandungi dua atau tiga sukukata, ftong, vocal berganding, difgraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran murid dapat:
       I.      Membaca kata nama yang  mengandungi dua atau lebih sukukata terbuka (kvkv) dan tertutup (kvkvk) dalam pelbagai situasi.

     II.       Menyenaraikan kata nama am   kvkvk.

   III.      Membaca ayat mudah.

PENGISIAN KURIKULUM
        I.            Ilmu: Muzik,Pendidikan Moral, Matematik dan Sains
      II.            KBT: Belajar Cara Belajar

SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata Nama Am

MEDIA
Petikan lagu,perisian computer kvkvk, rakaman muzik, kad perkataan dan lembaran kerja.



MASA

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN


Set Induksi
(5 minit )












Langkah 1
1.               Set Induksi
-      Murid ditunjukkan gambar-gambar haiwan dari sukukata kvkv dan kvkvk seperti kuda, , babi, tikus, katak, beruk, cicak, badak, gajah.  
        
-          Berbual-bual tentang bunyi binatang dan haiwan kesukaan.

-      Melakonkan bunyi dan pergerakan haiwan.




Ilmu: -Alam Dan
            Manusia

           -Pendidikan
            Moral.

Nilai: Berkasih sayang




Pengajaran
(15 minit)

Langkah 2
1.       Murid membaca senikata lagu.

2.   Murid menyanyi mengikut rentak senikata lagu “Bangun Pagi”dengan bimbingan guru.

3.        Murid diberi penerangan tentang perkataan yang terdapat dalam lagu.  
               gelas            kemas

    mandi      sabun      bilik

4.       Murid menyanyi lagu kebersihan secara beramai-ramai.

5.       Beberapa orang murid menyanyi Lagu Kebersihan secara individu.

6.       Murid menyebut semula perkataan yang dipamerkan guru secara kelas.


Ilmu : Pendidikan
            Moral,

            Pendidikan
            Muzik

Nilai : Bekerjasama

KBT  : Kemahiran
            Berfikir





Lampiran 2














Lampiran 3


Penjanaan idea dan sintisis idea

(15 minit)

Langkah 3
1.       Langkah 3 Murid diberi perisian komputer untuk tujuan pemantapan  kvkvk.

2.       Berpandukan bahan perisian murid mengeja perkataan kvkvk.



Ilmu:  Teknologi
            Maklumat
          Perisian IDWAL

Nilai:  Bantu
            membantu



Lampiran 4

Pengukuhan
(10 minit)

Langkah 4
1.       Murid diberi penerangan tentang
 permainan keretapi.  

2.       Tempoh masa lama pergerakan keretapi berpandukan bilangan nombor yang terdapat pada dadu yang dibaling murid.

3.       Murid akan memilih satu perkataan yang ada di landasan keretapi lalu ditampal di papan hitam

4.       Murid mengulangi semua aktiviti di atas sehingga  semua murid  selesai membuat aktiviti secara bergilir-gilir.

5.       Beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk menyebut perkataan yang ditunjuk oleh guru dengan betul.

6.       Murid membaca perkataan yang ditunjuk oleh guru secara kelas.



Ilmu : -Pendidikan
             Moral
            -Matematik
            -Sains

Nilai : Bekerjasama










Keretapi dan rel.


dadu




Kad perkataan
Kotak kad



Pentafsiran
(10 minit)
Murid menyiapkan lembaran kerja.

Lampiran 5

Penutup
(5 minit)

1. Guru membantu murid membuat   kesimpulan apa yang dipelajari.

2.       Nyanyian “ Kalau Rasa Gembira”
3.       Pemberian token .      
                                                                                       

Nilai: Berdikari
KBT:Kemahiran 
berfikir  (Mengumpul dan mengelas)



Pemulihan
Murid memadankan gambar dengan perkataan.


Nilai: Berdikari
Lampiran 6


Pengayaan
Berpandukan perisian komputer murid menyelesaikan beberapa soalan kvkvk secara interaktif.                                                                             





(KLIK PADA GAMBAR LEMBARAN UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)



Copyright 2009 ROHAINI BT A. RAHMAN. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates